Friday, September 28, 2012

BAJET 2013: TAHNIAH GOLONGAN-BELIA DAN SUKAN

Tahniah !!! Belia Dan Sukan Untuk Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Sebentar Tadi Antaranya Ialah:-

1. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa - Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban





2. Program pembangunan belia

- Program Y-Creative - penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) - usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund - pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U - menggalakkan aktiviti sukarelawan belia

3. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G - manfaat 1.5 juta pengguna.
 
 

Thursday, September 27, 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MBFM KEBANGSAAN

MBFM Felda Pemanis 2 Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Semua Perwakilan Ke Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Kebangsaan Sessi 2010-2012 Ke Langkawi.



Semoga Perjalanan anda semua selamat pergi dan balik, kami menyokong kuat kepimpinan dibawah Presiden MBFM Encik Anuar Bin Hj Abd Manap. Kepada Calon yang bertanding semoga anda berjaya, terutama dari WILAYAH SEGAMAT.

Selamat Bersidang

BAJET 2013: ADAKAH BERITA GEMBIRA UNTUK GENERASI BARU

BAJET 2013 yang bakal dibentangkan Esok Jumaat, 28 September 2012 Jam 3.00 Petang oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Adakah ia menekankan khabar gembira untuk Generasi Baru Felda atau sebaliknya, sama sama kita nantikan. Dan Adakah Ada berita gembira untuk rakyat 1 Malaysia.

Saksikan Siaran Langsung Melalui Siaran TV Malaysia antaranya TV1, TV3 & ASTRO AWANI.

Tuesday, September 25, 2012

3 NGO YANG DIIKTIRAF FELDA

Untuk Pengetahuan Anda Hanya 3 NGO yang Di Iktiraf FELDA untuk Bantuan Kewangan atau sebagainya antaranya ialah:

  1. MBFM : MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA
  2. AAFM : ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA
  3. PERSADA : PERMUAFAKATAN SISWA SISWI FELDA
 Hanya 3 NGO ini yang dibenarkan untuk bersama FELDA melakukan apa jua program dalam FELDA. 

MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA

ALUMNI ASRAMA FELDA

PERMUAFAKATAN SISWA-SISWI FELDA
 

Monday, September 24, 2012

KURSUS KEMBARA INOVASI WILAYAH SEGAMAT, TROLAK DAN GUA MUSANG







Sedikit Gambar Kembara Inovasi Felda Wilayah Segamat, trolak Dan Gua Musang Anjuran Jabatan Inovasi Felda Di Kuala Lumpur Grand Season Hotel, Kursus yang menerangkan bagaimana ingin membuat permohonan dari Felda dan Sumbangan Felda Kepada Setiap Cawangan MBFM.

Sunday, September 23, 2012

PROGRAM: SEBELUM KURSUS KEMBARA INOVASI WILAYAH SEGAMAT, TROLAK & GUA MUSANG







Sekitar Gambar Sebelum Program Kembara Inovasi Bersama MBFM Wilayah Segamat, Trolak Dan Gua Musang yang akan berlangsung Esok 24 September 2012 di Hotel Grand Season Kuala Lumpur.

Friday, September 21, 2012

10,000 LANGKAH MERDEKA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


















" Program 10,000 Langkah Merdeka 2012 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia yang mencatatkan penyertaan yang ramai seluruh Malaysia juga tercatat dalam Malaysia Book Of Record sebagai aktiviti terbaik, MBFM Pemanis 2 menghantar 17 peserta ke program ini, Alhamdulilah semuanya berlangsung dengan baik dan jayanya. "

" Sedikit Rangkuman Videonya "

BANTAH: FILEM HINA NABI MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi junjungan kita yang diutus oleh ALLAH SWT untuk umat Islam di serata dunia bumi ciptaannya.

Tapi dunia digemparkan dengan Filem yang menghina Nabi Junjungan kita NAbi Muhammad SAW, jadi kita sebagai umat islam harus membantah sekeras-kerasnya penayangan filem ini yang masih berleluasa di YOUTUBE dan GOOGLE, mari kita berganding bahu dan tenaga membantah dan memboikot Youtube dan Google atas penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Kami MBFM Felda Pemanis 2 juga membantah sekerasnya Filem Ini. Allahuakhbar!!!

 

PROGRAM: KURSUS BERSAMA JABATAN INOVASI DAN MBFM WILAYAH SEGAMAT

Insya Allah dengan izin Allah SWT MBFM Felda Pemanis 2 Dengan Kerjasama MBFM Wilayah Segamat akan menghantar 3 orang wakil iaitu PENGERUSI, SETIAUSAHA & 1 ORANG AJK ke Kursus bersama Jabatan Inovasi Malaysia pada butiran berikut:-

" KURSUS BERSAMA JABATAN INOVASI MALAYSIA "
TARIKH: 23 & 24 SEPTEMBER 2012
HARI: AHAD & ISNIN
TEMPAT: HOTEL GRAND SEASON, KUALA LUMPUR 

Harap Perjalanan ke Kursus Dilindungi Oleh Allah dan selamat sampai ke Destinasi

PROGRAM: ZIARAH CAHAYA MATA PENOLONG SETIAUSAHA MBFM PEMANIS 2




Gambar Program Ziarah Cahaya Mata Penolong Setiausaha MBFM Felda Pemanis 2 Encik Mohd Zainul Ariffin Bin Idrus & isteri Norhafiza Binti Mansor,iaitu Muhammad Ashraff Akil, Walaupun Lewat diharap sudi menerima dengan seadanya. Hanya itu dapat diberikan. Semoga mendidik anak dengan didikan agama dan pendidikan yang baik, Insya Allah... Amin.

Thursday, September 20, 2012

MESYUARAT KHAS AJK SEPTEMBER 2012









Gambar Sekitar Mesyuarat Khas AJK MBFM Felda Pemanis 2 yang diadakan pada Selasa, 18 September 2012 Jam 8.30 malam di Bilik Gerakan MBFM Felda Pemanis 2 yang dihadiri Oleh AJK Tertinggi Serta Biro Biro Dilantik membincangkan Aktiviti serta perancangan program akan datang. Terima Kasih Kepada AJK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...